Thursday, 7 April 2016

SUAMI HILANG KEYAKINAN LAYAN ISTERI

.

Lelaki ingin jadi hebat dan dapat melaksanakan tuntutan seks isteri. Namun, banyak suami dibelanggun masalah lemah tenaga batin yang kronik yang menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, hilang harga diri atau rendah diri. Keadaan tertekan dengan masalah dihadapi akan menyebakan kesan buruk semakin teruk. Suami jadi hilang kayakinan untuk layan keperluan seks isteri.

Rasa malu itu menyebabkan mereka tidak mendapatkan rawatan agar apa dialami itu tidak diketahui orang lain selain isterinya. Yang menanggung derita akibat keadaan itu adalah isteri. Masalah seks boleh menyebabkan perceraian atau hubungan sentiasa tegang. Ada isteri mengambil langkah menjalin hubungan dengan lelaki lain. Masalah semakin kompleks dan sukar diuraikan lagi.

Masalah hilang keyakinan diri pesakit lemah tenaga batin tidak patut terjadi.  Usaha rawatan lemah tenaga batin banyak berjaya. Pesakit lemah tenaga batin boleh kembali normal selepas mendapat rawatan. Bahkan ada yang mengalami pengalaman prestasi tenaga kelelakian terbaik sepanjang hidup yang telah dilalui.  

Pergi jumpa doktor sakit tuan dan bincang cara untuk mengubatinya. Banyak cara selamat boleh dilakukan untuk memulih tenaga batin. Kosnya berbaloi dan tidak melibatkan prosedur rumit. Hidup kembali ceria dan bermakna.

Perlu diingatkan agar jangan ambil jalan mudah dengan menggunakan ubat kuat yang tidak selamat. Banyak kesan buruk akibat ubat perangsang yang mengandungi bahan kawalan berjadual yang diambil tanpa nasihat pakar. Kesannya ada sehingga membawa maut.

Dengan kata lain, peluang sembuh dan kembali bertenaga masih terbuka kepada mereka mengalami masalah tenaga lelaki. Apa yang penting ialah dapatkan rawatan sewajarnya.  Jangan mudah menekan butang panik apabila berdepan situasi lemah kuasa kelelakian.

No comments:

Post a Comment